Colemak: Linux vs Windows

Qwerty ialah layout keyboard tertua yang masih digunakan sehingga 2017. Layout-nya disusun bukan untuk kepantasan menulis. Ia disusun untuk mengelakkan pengetuk-pengetuk huruf typewriter daripada tersekat sesama sendiri. Huruf-huruf yang biasanya berdekatan dalam penulisan, kekuncinya disusun jauh-jauh. Jadi, susunan layout Qwerty tiada lagi keindahan dalam era komputer hari ini, tapi masihlah digunakan sebab orang biasa takut hidup luar dari kebiasaan dan dari apa yang telah diamalkan oleh leluhur mereka.

Dalam era komputer hari ni Qwerty secara senyap mengekang potensi orang untuk menulis dengan pantas. Walhal dalam era komputer hari ni ada beberapa layout lain yang sangat efisyen untuk menulis dengan lebih pantas; antaranya Dvorak, Workman, Norman, Colemak dan banyak lagi.

Sebab awak tak sudi jadi sebahagian dari masyarakat jahiliah yang gemar mengekalkan tradisi orang-orang terdahulu yang tak lagi sesuai untuk keperluan hari ni, awak pun segera memilih layout lain, dan awak pilih Colemak.

Colemak boleh digunakan di macOS, Linux dan Windows.

Dalam Linux khasnya Elementary OS 0.4 Loki, boleh terus add new layout (US, Colemak). Dalam Windows 10, download Colemak dari https://colemak.com/Download dan install.

colemak_small

Huru-hara juga masa awak mula-mula nekad tinggalkan Qwerty dan beralih kepada Colemak. Tapi kepayahan hari ni ialah untuk kesenangan hari depan.

All the best!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s